Kadang aku terpikir,
Adakah englau sudi bersamaku?
Adakah engkau selesa bersamaku?
Atau sebenarnya engkau terpaksa
Untuk bersamaku?
Jujurlah wahai kasih,
Aku tidak mahu melukai perasaanmu,
Aku tidak mahu menyakiti hatimu,
Dan aku juga tidak mahu
Menyeksamu.
Aku merindui dirimu yang dahulu,
Aku merindui kenangan kita,
Aku merindui segalanya,
Segalanya tentang dirimu,
Wahai kasih.
No comments:
Post a Comment